Makkah al-Mukarramah I

in


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Jangan bersusah-payah bermusafir melainkan ke tiga buah masjid iaitu: Masjidku ini, Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa.” (Riwayat Muslim)


Tawaf

Ya Allah Ya Tuhan kami. Berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Selamatkanlah kami dari azab neraka, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang-orang yang baik, wahai Tuhan Yang Mulia, Yang Maha Pengampun, Yang Mentadbir sekalian alam.”


Doa yang dibaca berulang kali antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad.


“Di sinilah tempat orang berlindung kepada-Mu dari api neraka, maka haramkanlah daging-daging dan kulit kami dari neraka. Ya Allah jadikanlah diri kami mencintai iman dan hiaskanlah iman itu dalam hati kami. Jadikanlah diri kami membenci kekufuran, fasik dan maksiat serta jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”


Doa tawaf pusingan kedua. Antara doa yang memberi kesan yang mendalam kepada diri.




Ya Allah sesungguhnya aku memohon syurga daripada-Mu dan segala kenikmatannya, dan aku memohon segala perkara yang mendekatkan diriku ke syurga, sama ada perkataan, perbuatan dan amalan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan segala perkara yang mengheretku ke neraka, sama ada perkataan, perbuatan atau amalan.”


Doa tawaf pusingan kelima.


Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui segala perbuatanku yang rahsia dan yang terang-terangan, maka terimalah permohonan maafku. Engkau mengetahui segala hajatku, maka kurniakanlah apa yang ku pinta, dan Engkau mengetahui apa yang ada di dalam diriku, maka ampunkanlah dosaku.


Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang kukuh di hatiku dan keyakinan yang sebenar sehingga aku mengetahui bahawa tidak menimpa sesuatu kepadaku melainkan telah Engkau tetapkan untukku, dan aku redha terhadap apa yang telah Engkau peruntukkan buatku. Engkaulah Pelindungku dunia akhirat, maka matikanlah aku sebagai orang Islam dan himpunkanlah aku bersama orang-orang yang soleh.


Ya Allah janganlah Engkau tinggalkan pada kami di tempat kami ini sebarang dosa, melainkan Engkau yang mengampunkannya, tidak ada sesuatu kegelisahan melainkan Engkau yang gembirakannya, dan tidak ada sebarang hajat melainkan Engkau yang penuhinya serta permudahkannya. Maka permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah dada kami, terangilah hati kami dan tutuplah kehidupan kami dengan amal-amal yang soleh.”


Doa selepas solat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim a.s.


Kemudian solat sunat di Hijr Ismail. Sayyidul Istighfar kerapkali diulang semasa sujud dan selepas solat. Tenang. Tenteram. Di Hijr Ismail inilah solatku, sujudku yang paling hampir dengan Kaabah. Inilah Baitullah, arah kiblat solatku selama ini. Di langit sana, tepat di atas Kaabah terletak Baitul Ma’mur, kesucian dan kemuliaannya seperti Kaabah di bumi. 70 000 malaikat menunaikan solat setiap hari selamanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...