Makkah al-Mukarramah III

in

Saie


Wahai Tuhanku, ampunilah daku, rahmatilah daku, maakanlah daku. Kurniakanlah dengan segala kemudahan rahmat-Mu yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya Engkau Allah, Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.”

Doa di antara tiang-tiang lampu hijau.

Ya Allah selamatkanlah daku dari azab-Mu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hamba-Mu. Ya Allah tunjukkanlah daku ke jalan hidayah dan sucikanlah daku dengan taqwa, ampunilah dosaku di dunia dan akhirat.


Ya Allah cucurkanlah berkat-Mu, rahmat-Mu, keutamaan-Mu dan rezeki-Mu kepada kami. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu nikmat yang kekal abadi yang bertambah dan tidak hilang selamanya.

Ya Allah jadikanlah di hatiku cahaya keimanan, pada pandanganku cahaya, pada perkataanku cahaya, di kananku cahaya, di atasku cahaya. Jadikanlah di jiwaku cahaya dan agungkanlah cahaya keimanan bagiku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah segala urusanku.”

Doa saie ke-5.

Wahai Tuhan kami! Terimalah ibadah kami, sejahterakanlah kami dan ampunilah kami. Tolonglah kami agar dapat taat kepada-Mu dan bersyukur kepada-Mu. Himpunkan dalam diri kami Iman dan Islam yang sempurna, serta matikanlah kami dalam keadaan Engkau redha kepada kami.


Ya Allah rahmatilah kami dengan meninggalkan maksiat selama-lamanya iaitu selama Engkau masih menghidupkan kami. Rahmatilah kami agar meninggalkan perkara yang tiada manfaat kepada kami. Berilah kami rezeki pandangan yang baik terhadap apa yang Engkau redhai. Wahai Tuhan Yang Maha belas kasihan.”

Doa selepas saie.

Setelah berulang kali melaksanakan umrah sunat, akal ini berfikir dan tertanya-tanya apakah hikmah, apakah sejarah yang terdapat pada Safa dan Marwah. Lalu buku Sejarah Mekah dibuka agar ditemui jawapan. Maka beberapa kesimpulan yang dapat dibuat :

Bukit Safa adalah medan dakwah Nabi. Baginda menyeru orang Quraisy untuk beriman kepada Tauhid, Hari Akhirat serta mengingatkan mereka tentang neraka.

Bukit ini menjadi saksi keberanian Saidina Hamzah Abdul Mutalib. Suatu ketika Abu Jahal menyakiti dan memukul kepala baginda dengan batu hingga berdarah. Apabila Saidina Hamzah mengetahui hal tersebut, beliau terus mencari Abu Jahal yang ketika itu berada di Ka’bah. Beliau berkata, “Bagaimana engkau boleh berbuat demikian sementara aku berada dalam agamanya?”
Kemudian beliau memukul Abu Jahal dengan busur panah hingga menyebabkan luka yang parah.

Bukit ini juga menjadi saksi bahawa orang yang dahulunya mengusir, menyakiti dan memerangi Nabi ketika di Makkah, mereka berkumpul untuk berbaiah memeluk Islam.

Ya Allah…Kurniakanlah kami kekuatan, kebijaksanaan dalam perjuangan tarbiyyah dan dakwah menyampaikan risalah Islam…Kurniakanlah kami keberanian dan ketegasan untuk menegakkan yang hak…Kurniakanlah kami hati yang sejahtera, yang mudah memaafkan orang lain, jauh dari segala perasaan hasad dengki dan dendam…”



Bercukur


“Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Ya Allah, dengan kekuasaan-Mu, jadikanlah buatku dari setiap rambutku ini sebagai cahaya pada Hari Kiamat dan ampunkanlah dosaku wahai Tuhan Yang Maha Luas Pengampunannya.”

Tawaf Wida’


Doa setelah selesai tawaf wida’.

“Wahai Tuhan Yang Maha Melindungi, lindungilah aku.
Wahai Yang Maha Mendengar, dengarkanlah perkenankanlah permohonanku.
Wahai Yang Maha Perkasa, perkuatkanlah segala kelemahanku.
Wahai Yang Maha Menutup, tutupkanlah segala dosaku.
Wahai Yang Maha Pengasih, kasihanilah aku.
Wahai Yang Maha Pengembali, kembalikanlah aku ke Kaabah-Mu ini.

Berilah aku rezeki agar dapat datang semula ke Kaabah-Mu ini sebagai ahli taubat, ahli ibadah.
Berilah aku rezeki agar dapat datang semula ke Kaabah-Mu ini sebagai ahli taubat, ahli ibadah.
Berilah aku rezeki agar dapat datang semula ke Kaabah-Mu ini sebagai ahli taubat, ahli ibadah.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dalam musafirku ini kebaikan dan ketaqwaan dan amal yang Engkau redhai. Ya Allah mudahkanlah perjalananku ini.”







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...