Anda MARAH ?

in



Sedikit perkongsian dan pengalaman peribadi tentang OPS Darurat Februari 2011 di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

Hatiku tidak tenang melihat sikap beberapa individu – sahabatku - terhadap beberapa AJK OPS Darurat – juga sahabatku -.

Kita lihat pada situasi panggilan untuk penerbangan pertama. Jam 12.30 tengah malam. Tatkala kebanyakan pelajar sudah tidur, AJK baru sahaja ingin berehat melelapkan mata, arahan oleh warden kepada AJK untuk mengumpulkan semua 850 pelajar dan rakyat Malaysia pada jam 3.00 pagi. Pengumuman dibuat. Dengan badan yang teramat sedikit rehatnya, dengan mata yang teramat sedikit lelapnya, dengan waktu yang teramat terhad untuk merancang modus operandi terbaik, kerja pengumpulan pelajar untuk evakuasi dilakukan.
Juga pada situasi-situasi yang lain.    


Apabila ada perkara yang kita tidak setuju, sehingga menimbulkan kemarahan dalam diri, langkah yang perlu diambil adalah menyuarakan pandangan peribadi dan cadangan terus kepada individu atau pihak yang sepatutnya, bukan sekadar bercakap-cakap dan memaki-hamun di belakang, kerana itu adalah mengumpat, suatu perbuatan yang dikeji oleh Allah.

Firman Allah Ta’ala
Dan jangan mengumpat satu sama lain. Adakah kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepada itu. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
(Al-Hujuraat: 12)

Apatah lagi memaki-hamun secara terus-terang. Baca Dilarang Mencaci.
Hatta manusia yang mulia diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk menuturkan kata-kata yang baik kepada manusia yang melampaui batas dan engkar kepadaNya, tidak wajar untuk kita menuturkan kata keji kepada sahabat kita sendiri.

Firman Allah Ta’ala:
Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut".
(Taha: 44)

Tahanlah kemarahan kita. Sekiranya benar tindakan yang dilakukan adalah bukan yang terbaik dan adalah suatu kesilapan, maafkanlah kesalahan mereka. Berikanlah kemaafan itu. Cinta Allah sebagai ganjaran.

Firman Allah Ta’ala:  
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.
(Ali ‘Imran: 134)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...