Apakah Kamu Tidak Memerhati

in



Pada satu hari, semasa minggu terakhir sebelum winter break. Doktor pensyarah menceritakan tentang saphenous venous system dalam kaki manusia. Pada satu ketika beliau membaca ayat daripada Al-Quran Kalamullah.

Firman Allah Ta’ala:
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di segenap penjuru alam dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
(Fussilat: 53)


‘Ibrah

Firman Allah Ta’ala:
37. Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepadaNya.
38. Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Allah), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadanya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.
39. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kering dan tandus, maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Fussilat: 37-39)

Ingin berkongsi satu video menarik, yang menggambarkan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. Sama-sama kita ambil iktibar.


3 Persoalan Asas

1.    Dari mana kita datang? Siapa yang menciptakan kita?
77. Tidakkah manusia itu memerhati, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air mani? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka jadilah dia seorang pembantah yang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
78. serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan dia melupakan asal kejadiannya sambil dia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
79. Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh (Tuhan) yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya, dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).
(Yaasin: 77-79)

2.    Ke mana kita pergi selepas kematian? Apakah kesudahannya?

Alam kubur sebagai tempat persinggahan, menanti saat kebangkitan, seterusnya dihidupkan semula, dihimpunkan di padang Mahsyar, maka berlakulah pengadilan terhadap segala tingkah-laku di dunia.
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang pun yang akan dianiaya walau sedikit, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
(Yaasin: 54)

Bahagiakah kita kelak? Atau sengsara yang bakal dirasai? Apa yang menentukan?
Amal. Perbuatan. Tindakan.
Jawapannya, juga pada jawapan untuk soalan ketiga.

3.    Kita hidup untuk apa? Apakah tujuan manusia dihidupkan di atas muka bumi ini?
Setelah jelas jawapan untuk 2 soalan pertama, mudahlah jawapan untuk soalan ketiga.

Sekiranya jam yang dicipta, tidak lagi mampu berfungsi sebagaimana tujuan ia diciptakan, maka ia telah menjadi suatu yang kurang atau tiada nilai.
Sekiranya manusia yang dicipta, gagal berfungsi atau berperanan sebagaimana tujuan dia diciptakan, maka kehidupannya adalah kehidupan yang sia-sia, tiada nilai. Worthless.

Tujuan manusia dihidupkan, adalah untuk mengabdikan diri, beribadah kepada Allah s.w.t. Beribadah dalam konteks yang luas, seluruh aktiviti kehidupannya dijadikan bukti pengabdian kepadaNya.
Menjadi hamba semata-mata kepada Allah, menjadikan kehidupan seseorang insan bernilai dan bermakna. Meaningful.

Habib An-Najjar berkata:
"Dan mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan aku, dan kepada-Nyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan.”
(Yaasin: 22)


Kita adalah hamba kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Dalam jiwa hamba, di bawah langit Ilahi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...