Meneladani Akhlaq Rasulullah

in



Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
Orang-orang beriman yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaqnya, dan yang terbaik dikalangan kalian (mu'minin) ialah yang terbaik (akhlaqnya) terhadap wanitanya (keluarga)."
(Riwayat Imam Tirmidzi – Hadis Hasan Sahih)[i]


Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Orang yang paling baik dikalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahli keluarganya, dan akulah yang paling baik dikalangan kamu terhadap ahli keluargaku.
(Riwayat Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Betapa hebat dan indah akhlaq baginda Rasulullah s.a.w., peribadi terbaik yang pernah wujud di muka bumi ini. Maka kita diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar meneladani akhlaq indah Baginda s.a.w.

Firman Allah Ta’ala:
Demi sesungguhnya, telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (redha dan rahmah) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta yang banyak mengingati Allah. (Al-Ahzab: 21)


Apabila ditanya tentang akhlaq Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menjawab:
Adalah akhlaq Baginda s.a.w. itu ialah Al-Quran.

Belajarlah daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda, belajarlah daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Pelajari daripada alim ulama’, murabbi, peribadi-peribadi mulia dikalangan hamba-hambaNya, dan mereka yang telah berjaya membina dan menjaga mahligai bahagia.
 
Salam mujahadah buat diri.




[i] Riyadhus Solihin Imam Nawawi, hadis nom. 278


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...