Palestin Dan Kita

in


Ini adalah beberapa soalan yang kerap ditanyakan oleh seorang anak Palestin kepada ayah beliau suatu ketika dahulu.

Why do we not have a garden?
Why does the roof always leak in winter?
Why do we go to school without having a breakfast or pocket money?
Why do all ten of us sleep in one room?
Why do we have no heating in our house or school?
Why does our classroom have 50 students in one small space?
Why do we not have a playground?
Where can I get clean water?
Why do we not travel anywhere?
Why do we hear booming sounds throughout the night?
Will the roar of the bulldozer come towards us today?
Who has been killed today?
Why do you let the soldiers humiliate you at the checkpoints?
Do all human beings live like us?

Ketahuilah, bahawa dia dan mereka di Palestin sana adalah saudara seIslam kita.
Betapa dekatnya pertalian antara kita dan mereka. Tetapi betapa jauhnya taraf kehidupan kita dan mereka.

Perhatikan 3 situasi berbeza di bawah: 
1.    Anak-anak dan saudara seIslam kita di Palestin, berebut-rebut untuk mendapatkan botol air minuman yang diedarkan. Mereka menimba air daripada tangki yang aliran airnya amat perlahan.
2.    Anak-anak Yahudi bersenang-lenang dan bergembira di dalam kolam renang yang airnya jernih.
3.    Kita di sini?



“No amount of reading, attendance at conferences, documentary viewing and words of mouth could have prepared me for the reality of the situation here. You just can’t imagine it unless you see it.” 

Kata-kata oleh Rachel Corrie, siswi Amerika yang pernah menyertai International Solidarity Movement di Palestin. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Tahukah kita bahawa Amerika telah memberi sokongan kewangan kepada Israel sebanyak USD 108 billion (1949-2006). Puratanya USD 3 billion setiap tahun atau USD 6-8 million setiap hari. Dan melalui sokongan kewangan ini Israel telah menjadikan hidup adik-beradik seIslam kita sengsara.

We’ve got to realize that our brothers and sisters there need our help, and we are ignoring them.
We’ve got to understand that they have feelings, they think, smile and cry, just like us.
We’ve got to understand that they are us, we are them.


Sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud):
“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah dia daripada kalangan mereka.”

Sabda Rasulullah s.a.w. (yang bermaksud):
“Tidak ada seseorang muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika harga dirinya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah akan membiarkannya (tidak menolongnya) ketika dia memerlukan pertolongan.”
(Riwayat Abu Daud)

Infaqlah, sebagai bukit ambil berat kita. Infaqlah sebagai bukti kita tidak membutakan mata terhadap saudara seIslam kita.
Infaqlah, sesungguhnya infaq kita menyumbang ke arah pembinaan Palestin.
Infaqlah, sesungguhnya infaq kita dijanjikan Allah s.w.t dengan ganjaran yang jauh lebih baik di akhirat kelak.

Firman Allah s.w.t. (yang bermaksud):

10. Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebahagian hartamu) pada jalan Allah, padahal milik Allah segala pusaka langit dan bumi? Tidak sama antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penakhlukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada setiap mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

11. Siapa yang meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang mulia.

12. Pada hari ketika kamu melihat kaum mu’minin dan mu’minat, cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada meraka): "Pada hari ini ada berita gembira untuk kamu, (iaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang agung".
(Al-Hadid:10-12)

“Dikatakan kepada meraka: Pada hari ini ada berita gembira untukmu.”
Inilah lafaz kasih Maha Pengasih, lafaz sayang Maha Penyayang, Allah s.w.t. yang menjadi kerinduan dan harapan kita.  

“Dikatakan kepada meraka: Pada hari ini ada berita gembira untukmu.”
Inilah ayat cinta daripada Allah buat mu’minin dan mu’minat kelak.
Persoalannya adakah kita daripada kalangan mereka kelak? Adakah menjadi cita-cita kita untuk menjadi sebahagian daripada mereka? Ya, kita ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Dan bayarannya adalah mujahadah.

Infaqlah, sebagai salah satu bukti mujahadah kita untuk meraih cinta Allah.




Jom like laman facebook AQSA PERUBATAN klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...