Study Fever, Exam Fever
in Akademik
Firman Allah S.W.T. :
Dan sesiapa yang menjaga (keselamatan) hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga (keselamatan) hidup manusia semuanya. (Al-Maidah: 32)
Sesungguhnya usaha dan mujahadah ke arah memelihara kehidupan dan merawat manusia dalam kesakitan, agar kembali merasai nikmat kesihatan – dalam batas usaha sebagai hamba al-faqir ilAllah – besar ganjarannya di sisi Allah.
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah-payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan kesabaran dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)
Al-Ustaz Ad-Duktur Yusuf Al-Qardhawi :
“Kita inginkan daripada pemuda-pemudi Islam yang bekerja untuk Islam cemerlang dalam pelajarannya. Hendaklah dia menjadi contoh yang berbeza daripada pelajar-pelajar cemerlang yang lain sehingga manusia mengenal bahawa Islam bukanlah menjadi penghalang kepada pengajian. Pengajian adalah wajib, dan kecemerlangan adalah suatu perkara yang perlu bagi daie ilAllah.”
Chaiyok! Chaiyok! ^_^


