Dosa & Taubat

in

Seorang lelaki Bani Israil telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dia tidak pernah dia meninggalkan maksiatnya itu dan tidak pernah pula sekalipun dia bertaubat.

Diizinkan Allah, datang suatu tahun yang kemarau sangat panjang. Hujan tidak lagi turun, ternakan kurus kering, tanaman semuanya mati, sungai pun menampakkan dasarnya yang kering kontang.

Maka Bani Israil pun berkata kepada Nabi Musa AS : 
"Ya Musa, berdoalah kepada Allah supaya menurunkan hujan." 

Maka Nabi Musa pun mengumpulkan semua Bani Israil seraya berdoa bersama...
"Ya Allah turunkanlah hujan...Ya Allah turunkanlah hujan..."

Hujan masih jua belum turun.

Nabi Musa selanjutnya berbicara dengan Allah : "Ya Tuhanku, mengapakah hujan masih belum turun?"

Maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa : "Aku tidak akan turunkan hujan kerana ada seorang lelaki di antara kamu yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun. Kerana maksiatnya itu, aku menahan hujan dari turun.

Maka Nabi Musa berkata : "Jika demikian, apa harus aku lakukan?"

Maka firman Allah : "Keluarkannya dari tempat ini."

Maka Nabi Musa pun berkata kepada kaumnya :
"Wahai Bani Israil, di antara kita ini ada seorang yg telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dan kerana maksiatnya itulah Allah telah menahan hujan dari turun. Dan Dia tidak akan menurunkan hujan sehinggalah si pemaksiat itu keluar meninggalkan kita. Maka, keluarlah dari sini siapa pun kamu wahai pemaksiat!"

Orang yang melakukan maksiat itu pun sedar dialah yg dimaksudkan itu. Dia pun melihat sekelilingnya, mengharapkan ada seorang selain daripada dirinya akan keluar. Tetapi tiada seorang pun keluar.

Maka si pemaksiat ini pun mula bermunajat kepada Allah,

"Ya Tuhanku, aku telah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun... Kau menutup maksiatku itu dari pengetahuan ramai... Dan jika aku keluar pada hari ini, maka akan terbongkarlah aibku... Aku berjanji kepada-Mu aku tidak akan kembali lagi melakukan maksiat ini... Ampunilah aku ya Allah... Tutupilah aibku ya Allah..."

Maka dengan kehendak-Nya, hujan pun mula turun. 

Nabi Musa pun menjadi hairan, "Ya Rabb, Kau telah turunkan hujan, tetapi tiada seorang pun yang keluar meninggalkan kami."

Maka kata Allah SWT

"Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana kegembiraan aku dengan taubat hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun itu."

Maka kata Nabi Musa : "Tunjukkanlah aku siapa orang itu, supaya dapat aku sampaikan berita gembira ini."

Kata Allah SWT
"Wahai Musa, dia telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun dan aku menutup maksiatnya itu. Maka adakah pada hari dia kembali kepada-Ku aku mendedahkan siapa dia?"



Fikir, Muhasabah, Perbaiki Diri, Kongsi

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh.” (Fussilat:33)
Susuri keindahan Islam, sebarkan indahnya Islam, semoga bertambah ganjaran pahala kita disulami redha dan cinta Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...