Taubat Menghapuskan Dosa

in



Dikisahkan, telah datang seorang lelaki berjumpa Rasulullah s.a.w. 

Lelaki itu berkata : Ya Rasulallah, pada pandangan engkau, jika aku melakukan dosa, apakah akan dicatatkan dosa itu ke atasku?


Jawab Rasulullah : Ya, akan dicatatkan ke atasmu.

Tanya lelaki itu : Dan jika aku bertaubat?

Jawab Rasulullah : Akan dihapuskan dosa itu.

Tanya lelaki itu lagi : Jika aku kembali melakukan dosa itu?

Jawab Rasulullah : Akan dicatatkan kembali ke atasmu.

Tanya lelaki itu : Dan jika aku bertaubat?

Jawab Rasulullah : Akan dihapuskan dosa itu.

Tanya lelaki itu : Tetapi, jika aku kembali melakukan dosa itu?

Jawab Rasulullah : Akan dicatatkan kembali ke atasmu.

Tanya lelaki itu : Dan jika aku kembali bertaubat?

Jawab Rasulullah : Akan dihapuskan dosa itu.

Tanya lelaki itu : Sampai bilakah akan terus dihapuskan?

Maka kata Rasulullah s.a.w. :


Sesungguhnya Allah tidak jemu memberikan keampunan-Nya sehinggalah kamu jemu memohon keampunan-Nya.

(Hadis dikeluarkan maknanya oleh Al-Baihaqi)



Fikir, Muhasabah, Perbaiki Diri, Kongsi

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh.” (Fussilat:33)
Susuri keindahan Islam, sebarkan indahnya Islam, semoga bertambah ganjaran pahala kita disulami redha dan cinta Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...