Beza Takaful Dan Insurans Konvensional

in

PENTING !! Takaful Dan Kad Perubatan >>>


Suatu ketika yang tidak berapa lama dahulu…

“Kenapa takaful ni lebih mahal banding insurans konvensional untuk benefit yang hampir sama? ”

Satu persoalan yang terlintas di fikiran saya, dan pastinya terlintas di fikiran semua orang yang mengkaji pilihan terbaik untuk insurans perlindungan diri dan keluarga.

“Why pay more if you can pay less to get almost similar benefit?”

Pencarian jawapan dimulakan.


TAKAFUL  DAN  INSURANS  KONVENSIONAL




Contoh pelan takaful :









Berikut diambil daripada laman web Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman:


Salah Satu Sebab Utama Insuran Konvensional Menjadi  Haram Adalah Riba'

Takaful menggunakan akad (persetujuan) derma/sumbangan.

Insuran konvensional pula menggunakan akad (persetujuan) jual beli.

Maka sebagaimana yang perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan kejelasan dalam :

1)     Penjual

2)     Pembeli

3)     Benda yang dijual *

4)     Harga *

Dari empat rukun jual beli tersebut syarikat insuran konvensional mempunyai masalah dalam bab benda yang dijual dan harga.

Riba' jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada si pembeli yang terkena musibah. Ia dianggap Riba' kerana wang (pembeli) berbalas wang (syarikat) dengan jumlah yang berbeza.

Nabi Muhammad s.a.w. telah mensyaratkan dengan jelas dan terang, apabila bermu'amalah di antara dua item ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang RM daripada pembeli dengan wang RM daripada syarikat insuran), ia mestilah terikat dengan syarat:

a. Sama Nilai
b. Diserahkan ketika mu'amalah dilakukan

Syarat ini bersumber daripada hadith :

" Jangan kamu jual emas dengan emas kecuali sama nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan salah satu daripadanya atas yang lain.." ( Al-Bukhari & Muslim)

Riba' juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran konvensional dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana-mana syarikat yang bermu'amalah secara Riba'.

Malah lebih teruk kiranya, syarikat insuran meletakkan wang itu dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak, judi, kasino dan lain-lain.


Pelaburan Islam (Patuh Syariah) Dengan Duit Insuran Konvensional

Adapun soalan berkenaan dengan dana yang terkumpul oleh syarikat insuran dilaburkan ke pelaburan Islam serta mempunyai penasihat Shariah.

Bagi saya, telah saya jelaskan bahawa sebelum melabur kita kena melihat cara duit itu terkumpul dahulu, samada sah atau tidak dari sudut Shariah.


Maka dalam hal ini, syarikat insuran konvensional mengumpul duit itu dengan cara yang tidak sah, justeru tatkala itu, pelaburan Islamnya juga tiada banyak ertinya menurut Islam.




 


KEWANGAN ISLAM 






Perbankan Islam Mahal & Zalim ?


Perbankan Islam Bohong Dalam Sistem Kafir ?




KESIMPULAN

“Kenapa takaful ni lebih mahal (baca: lebih tinggi sedikit nilai caruman) banding insurans konvensional untuk manfaat yang hampir sama? ”

Takaful lebih mahal kerana SYURGA itu mahal.

Memilih yang Halal, demi Taqwa dan Syurga Allah, ada harganya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...