Kenapa Tak Boleh Claim Insurans Takaful ?

in






Saya senaraikan di bawah ini antara sebab-sebab yang menyebabkan kenapa claim (tuntutan) insurans/takaful tidak berjaya :
Manfaat tiada dalam polisi 
Ini kes orang yang ambil polisi hayat ( life insurance atau takaful hayat ) sahaja tetapi nak buat tuntutan untuk kos rawatan hospital (manfaat hospital melalui kad perubatan). Lihat kembali takaful yang anda sertai. Kalau tak faham, tanya agent. Minta nasihat untuk polisi yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Peserta mempunyai rekod perubatan yang tidak didedahkan
Contoh : Katakan anda pernah menghidap sakit buasir sebelum menyertai takaful/insurans. Anda tidak membuat pendedahan dalam polisi. Tuntutan bagi penyakit sedia ada ( jika dapat dikesan ) tidak akan dilayan.

Pengecualian ( Exclusion )
Bagi peserta yang memang telah ada rekod perubatan atau sakit sebelum menyertai takaful, anda mesti mendedahkan dalam pengakuan borang permohonan. Pendedahan ini kebiasaanya akan mengecualikan sakit tersebut dari perlindungan yang ditawarkan. Jadi, kalau anda sakit buasir sebelum ini, sebarang penyakit yang berkaitan yang berulang kembali tidak akan dilindungi lagi. Sebab tu la masa sihat ni, sertai  takaful. Jangan menunggu hingga hujan lebat untuk angkat kain di jemuran.

Polisi luput (Ini kes tak bayar polisi)
Apabila sumbangan bulanan tidak dicarum, akaun peserta akan luput (dalam keadaan freeze/paused). Kebiasaannya dalam 7 tahun yang pertama, nilai tunai dalam polisi masih lagi sikit. Akaun peserta yang tertunggak 3-4 bulan berisiko untuk luput. Pada masa ini, sebarang tuntutan tidak akan diproses dan jika polisi tersebut luput, peserta akan melalui tempoh menunggu seperti pada mula polisi disertai.

Contoh : Anda baru menyertai takaful untuk 3 bulan. Kegagalan membuat sumbangan berterusan sehingga 4 bulan kemudian akan menyebabkan polisi luput. Sebarang tuntutan dalam tempoh luput memang tidak akan diproses. Kalaupun anda mula membayar caruman semula selepas tempoh luput - tujuan untuk menghidupkan polisi, anda terpaksa kembali kepada tempoh menunggu asal.

Senario : Masalahnya ialah apabila berlaku perkara-perkara malang dalam tempoh tersebut. Apabila dimaklumkan ejen supaya buat bayaran pada masanya, si client buat endah tak endah. Dari 1 bulan hinggalah 3 bulan tak berbayar. Akhirnya polisi tersebut luput.

Tup tup, tak sampai seminggu anak si client demam dan disahkan denggi. Barulah kelam kabut menghubungi ejen. Tujuannya untuk membuat bayaran penuh yang dah tertunggak 3 bulan. Tapi….malang. Apabila polisi anda telah lupus, bayaran tunggakan tidak akan mengaktifkan segera manfaat yang ditawarkan. Sebaliknya anda akan terikat semula dengan tempoh menunggu yang ditetapkan.

Dalam kes di atas, client mesti menunggu tempoh selama 4 bulan dan segala penyakit yang berlaku dalam tempoh 30 hari dari tarikh bayaran dibuat, tidak lagi ditanggung oleh syarikat insurans/ pengendali takaful buat selama-lamanya.


Tidak memenuhi syarat tuntutan 
Contoh : Untuk membuat tuntutan rawatan menggunakan kad perubatan, peserta mesti disahkan tempoh kemasukan ke wad ialah 6 jam. Masalahnya ramai pesakit yang kalau boleh nak keluar lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.

Tidak cukup dokumen yang diperlukan
Ini biasa sangat berlaku. Contoh : Jika kemasukan ke hospital bukan panel, segala tuntutan akan dibuat secara manual. Masalah timbul apabila dokumen seperti bil asal gagal dikemukakan, atau laporan doktor tidak lengkap.

Dalam tempoh menunggu (Waiting period)
Ya. Setiap sijil takaful atau polisi insurans mempunyai tempoh menunggu. Maksudnya anda mesti menunggu selepas tempoh tertentu yang ditetapkan, baru layak membuat tuntutan. Kalau belum cukup tempoh, boleh tuntut ke?
Maka, apa tunggu lagi ?








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...