Memberi dan Menerima

in






Please, my dear, know your policy !
Ambil tahu tentang polisi anda !  Sebelum terlambat.



And also there’s ‘Waiting Period’. So why wait any further ?





Konsep Takaful




Apa itu takaful ?
Maksudnya saling tolong-menolong, saling menyokong.


"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran syara’.” [Al-Ma’idah : 2]


Mulianya hati anda yang memiliki polisi takaful, kerana anda memberi sebahagian daripada bayaran bulanan sebagai sumbangan dan derma kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Seandainya satu hari kelak anda diuji musibah, anda pula menerima perlindungan kewangan.  

Membantu mereka yang sakit ketika anda sihat, agar anda pula dibantu ketika sakit.



Give, and you shall receive.


Do to others as you would have them do.



Takaful Tak Betul


Buat anda yang bertanya..

“ Semasa sakitlah orang memerlukan bantuan takaful. Syarikat takaful perlu ubah gerak kerjanya. Kenapa tidak membantu orang yang sudah sakit ? “

Jawapan balasnya :

Kenapa sebelum itu dia sihat tidak mahu menderma kepada yang sakit, dan apabila dia sakit dia mahu dibantu ?

Jangan terus memberi alasan, “Aku tak mampu”. Itu racun buat minda. Carilah jalan untuk menjadi mampu, tanya pada diri "Bagaimana aku boleh mampu?" .

Jika anda pilih untuk tidak memberi bantuan melalui saluran takaful, maka anda memilih untuk tidak menerima bantuan melalui takaful.

Anda pilih untuk memberi bantuan melalui saluran-saluran lain, maka anda memilih untuk menerima bantuan melalui saluran lain yang anda pilih.





Satu Pandangan


Ingin saya kongsi perbincangan saya dengan seorang usahawan jahit puluhan tahun.

Pada dirinya, dia tidak perlukan takaful kerana dia merasakan dirinya mempunyai kewangan kukuh.

“Bagaimana jika Encik masuk hospital dan sakit suatu hari kelak, dengan bil rawatan yang tinggi puluhan ribu?”
Balas beliau “That’s okay. I’ll pay for it.”

Itu dalam aspek menerima. Dalam aspek memberi pula..

“I prefer to help directly those in need. I search for those people. In mosques, in ‘Bersamamu’ show. Then I will contact them, give my helping hand”  kata beliau.

Yang penting buat kita, ukurlah baju di badan sendiri.


Peringatan Buat Diri Yang Memerlukan


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya.” (QS. 34:39)

Ibnu Katsir berkata,
"Apapun yang kau infakkan dalam hal yang diperintahkan kepadamu atau yang diperbolehkan, maka Allah akan memberikan ganti kepadamu di dunia dan memberikan pahala dan balasan di akhirat kelak."







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...