Kenapa Takaful ?

in





Apa yang dapat anda belajar ?
Buat para suami, anda sanggup tinggalkan keluarga dalam keadaan sebegini ?
Buat para isteri, anda sanggup ditinggalkan dalam keadaan sebegini ?







Ramai yang percaya (baca: rasa) kerana usia masih muda, anda kebal daripada kanser. Ini salah tanggapan.

Contoh terdekat bagi saya, ada 4 insan, umur belum 30 tahun, disahkan menghidapi kanser.

Jangan “sudah terhantuk baru terngadah”.

 


Konsep takaful adalah anda memberi bantuan kewangan kepada yang sakit semasa anda sihat, agar anda pula menerima bantuan kewangan ketika sakit. Apabila ‘sudah terhantuk’ baru ingin mulakan pelan takaful, mungkin sudah terlambat.

Kenapa perlu mengambil takaful ?
Kenapa perlu teruskan takaful (bagi mereka yang berkira-kira untuk berhenti) ?





Kita gunakan analogi-analogi ini untuk mencerahkan pemahaman tentang takaful sebagai satu ikhtiar PERSEDIAAN kewangan ketidaktentuan hidup.


1. KWSP

Kenapa kita simpan duit dalam KWSP semasa muda? Untuk guna semasa hari tua kan?
Sebagai persediaan kewangan hari tua.

Adakah kita pasti kita akan capai hari tua itu? Tidakkah kita boleh tidak capai tua (meninggal muda)?
Boleh, namun kita tetap mengambil pendekatan menyimpan semasa masih muda, dengan harapan jika berlaku hari tua itu kita tidak hidup susah.

Sama juga dengan takaful, kenapa kita menyimpan dana kecemasan itu?
Adakah kita pasti sakit? Bila sakit?
Kita tak tahu adakah kita akan sakit atau bila akan sakit.
Dalam kata lain, kita tak boleh jamin kita kekal sihat sehingga ke tua.

Dengan takaful, anda menyimpan untuk diri sendiri sambil memberi bantuan kewangan kepada yang sakit semasa anda sihat, agar anda pula menerima bantuan kewangan ketika sakit.





2. Sediakan Payung Sebelum Hujan

Kenapa kita letak payung dalam kenderaan, atau berjalan bawa payung bersama, walaupun cuaca terang dan panas terik, tiada tanda-tanda untuk hujan pun ?

Sebagai persediaan menghadapi hujan bukan.
Kalau tak sedia payung, bila hujan, apa jadi ?



Adakah dengan menyediakan payung, bermakna kita berdoa agar hujan turun ?
Tidak, bukan.


3. Tayar spare



Adakah dengan membawa tayar spare dalam kenderaan, bermakna kita berdoa agar tayar kenderaan kita bocor ?
Tidak, bukan.


4. Airbag (Beg udara keselamatan)



Adakah dengan membeli kenderaan yang dilengkapi airbag, bermakna kita berdoa agar kita ditimpa kemalangan semasa memandu ?
Tidak, bukan.


5. Insurans Takaful Kereta



Adakah dengan insurans takaful kereta, bermakna kita berdoa agar kereta kita kemalangan ?
Tidak, bukan.




RANCANGLAH YANG TERBAIK


Adakah dengan usaha mengambil langkah-langkah persediaan seperti di atas, bermakna kita melawan takdir Tuhan, dan jiwa kita miskin sifat redha?
Tidak, bukan.

Rancanglah kewangan anda, buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Plan your financial well now, avoid enormous financial problem later.




Untuk quotation, maklumat lanjut atau appointment, hubungi: 

A.Faiz M.Sabri
Takaful Consultant
Prudential BSN Takaful
Al Isra' Associates

019 516 8806
amd.fz.07@gmail.com

#fulltime #PruBsn #takaful #wealthplanner #retailfinancialsolution



Lindungi Wang Anda dan Tersayang  >>>
Beza Takaful dan Insurans Konvensional  >>>
Takdir & Usaha  >>>
Prudential Sokong Israel ?  >>>
Kenapa Tak Boleh Claim Insurans Takaful ?  >>> 
Muflis Akhirat  >>>



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...