MRTA atau MLTT

in

Ingin membeli rumah ? Bagus !
Bank yang memberi pinjaman untuk beli rumah mewajibkan anda miliki plan insurans/takaful pembiayaan rumah (Mortgage Term Assurance/Takaful).

Kenapa anda perlu MRTA atau MLTT ? Kerana apabila Mati Rumah Tetap Ada, demi isteri dan anak-anak.

Bank pada kebiasaan akan menawarkan MRTA/MRTT - Mortgage Reducing Term Assurance/Takaful.

Anda perlu tahu ada pelan lain yang lebih awesome lebih untung buat anda iaitu MLTT - Mortgage Life Term Takaful.






Kita ambil contoh, pembiayaan rumah RM 300,000 dengan jumlah pembayaran akhir RM 500,000.
RM30 bulanan untuk MRTT.
RM130 bulanan untuk MLTT.

Kalau saya mati pada tahun ke-3.

2 tahun x 12 bulan x RM 1,400 = RM 33,600 (jumlah yang telah dibayar)
RM 255,000 baki hutang rumah

MRTT
Baki hutang akan dilupuskan. Anak bini saya sangat gembira kerana sudah mempunyai tempat berlindung tanpa hutang.

MLTT
MLTT pula akan bagi pada waris saya RM 300,000. Jadi apa waris saya akan buat?
Dia akan bayar hutang rumah sebanyak RM 255,000 seperti contoh di atas.

Bukan setakat setelkan hutang rumah, waris saya juga ada balance RM 45,000 !


Kalau saya mati tahun ke-20.

20 tahun x 12 bulan x RM 1,400 = RM 336,000 (jumlah yang telah dibayar)
RM 500,000 – RM 336,000 = RM 164,000 (baki hutang rumah) 

MRTT
Baki hutang RM 164,000 akan dilupuskan.

MLTT
Waris saya akan dapat RM 300,000. Jadi apa waris saya akan buat?
Dia akan bayar hutang rumah sebanyak RM 164,000 itu.

Dan cuba kita kira, RM 300,000 – RM 164,000, berapa banyak cash yang waris saya ada dalam tangan sekarang?

RM 136,000 !

Lagi, MLTT ni investment link, jadi maknanya, RM130 saya bayar setiap bulan tu sebahagiannya akan dilaburkan. Selepas pelaburan selama 20 tahun, kurang lebih nilai investment ada dalam lingkungan RM 30,000 !

RM 136,000 + RM 30,000 !  


Kalau saya hidup hingga hutang rumah langsai (tahun ke-30)

MRTT – Kos MRTT RM15,000 yang telah dibayar, duit ni lupus, saya tak dapat balik. BURN RM 15,000 !

MLTT - Duit yang saya bayar dalam MLTT masuk investment account dan ada high cash value bila tahun berganti tahun. Mungkin dapat lebih sikit, mungkin dapat kurang sikit, bergantung pada suasana pelaburan.

Secara pemahaman mudahnya, DAPAT BALIK RM 35,000  !


Lagi

MLTT juga :
1.  Boleh dimasukkan sebagai pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 setahun (pada bahagian insuran nyawa), bermakna had maksimum adalah RM500 sebulan.
2.  Boleh dikeluarkan sejumlah wang daripada simpanan/cash value apabila memerlukan.



Maka MLTT itu awesome !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...