Alam Kubur

in



Surah Al-Mulk

Ulama’ berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.


Fadhilat Daripada Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, antaranya :

1. Mendapat Syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya.  Surah itu ialah surah Al Mulk.” 

2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam.” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)




Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. (At-Taubah: 24)


Rasulullah s.a.w bersabda:

3 perkara mengikuti seseorang yang mati, 2 daripadanya pulang (meninggalkan si mati), dan 1 kekal bersamanya.

Yang mengikutinya adalah keluarganya, hartanya dan amalnya,maka pulanglah keluarganya dan hartanya,dan kekallah amalnya (menemaninya di dalam kubur).(HR Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan An-Nasaai)


Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali 3 perkara:

1.    Sedekah jariah
2.    Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
3.    Anak soleh yang berdoa untuknya
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...